Rabu, 5 Julai 2017

Facial Soap Mary Jardin

Pembuatan sabun Cold prosess

Dalam team Mary Jardin, sempat akk belajar sikit2 berkenaan pembuatan sabun. Walaupun bukan bidang kita tapi tahu knowledge akk rasa amat beruntung sangat. 

Yerlah sabun kita guna hari-hari dalam kehidupan, kalo x pakai sabun tu x macam x sah jer mandi nya kan...(ke akk sorang jer rasa mcm tuh) hahahhaha..

Ok akk nk sharing skit apa yg akk belajar. Pembuatan sabun ni melalui 2 process, iaitu cold process and hot process. Secara simplenya kalo cold proses tu macam sabun tu dia biarkan mengeras sendiri dala,m suhu bilik, kalo hot process tu sabun tu dikeringkan menggunakann alat contohnya pemanas bagi cepat kering macam buat kek...hahahha

Bawah ni akk sharing berkenaan prosess pembuatan sabun Mary Jardin

#Soap_based ni contoh paling mudah macam sabun Mary Jardin la kan. Asas nak buat sabun tu kena campur sejenis alkali (NaOH) dengan 4 jenis minyak dari tumbuhan.

Mary Jardin guna minyak ni:lollipop:Palm oil:lollipop:Coconut oil:lollipop:Olive oil:lollipop:Castor oil
Proses ni kita panggil saponifikasi. Alkali tu akan bertindak balas dengan minyak tumbuhan ni tadi baru la terbentuk nya "sabun". Tapi yang #magik nya #NaOH tu akan #hilang masa proses tadi dan tak wujud pun dalam hasil akhir sabun tu.
Tinggal pH alkali je yang akan memedihkan mata bila kita guna. NaOH akan disenaraikan dalam bahan-bahan buat sabun tapi tak bermakna dia wujud dalam produk akhir tu.
Method lama ni digunakan sebelum terciptanya produk soap-free. #Kebaikan soap-based ni #tak_menjejaskan kesihatan dan alam sekitar. :v:



Untuk Hot prosess akk sambung next artikel yea...


#maryjardinbyzafirah
#mjrich
#mjbelle

Sabtu, 4 Mac 2017

MARY JARDIN

Hhhmm dah lama menyepi ..

ni akk nk introduce sikit, akk dah joint satu Dropshipped ni yea

Mary Jardin. Product skincare organic..

Nak tahu detail nanti akk post lain ye;)

Rabu, 17 Jun 2015

LAGI TONSIL 2

Antara artikel yg dijumpai dalam blogger lain berkenaan tonsil.....quite good information

Ini tonsil...dalam keadaan normal.
Tonsil ini terbentuk daripada lymph tissue, iaitu dari sistem pertahanan tubuh.
Jadi fungsi tonsil ialah merangsang sistem immuniti tubuh badan menghasilkan antibodi bila badan diserang jangkitan. 

Tonsil boleh meradang(inflammation) bila terkena jangkitan, samada dari virus, atau bakteria.
Keadaan keradangan tonsil ni dipanggil sebagai tonsillitis.

Tonsillitis boleh dibahagikan kepada 3 jenis, bergantung kepada bila dan berapa lama ia berlaku:

1- Acute Tonsillitis - baru berlaku.
2- Chronic Tonsillitis - tonsillitis yang dah lama berlaku
3- Recurrent Tonsillitis - tonsillitis yang berulang ulang

Tonsillitis selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak, boleh juga berlaku kepada orang dewasa.
Amat jarang kanak kanak 2 tahun ke bawah mendapat tonsillitis ini.

Simptom Acute Tonsillitis:
-sakit tekak, susah menelan, demam, kelenjar di leher mungkin membengkak dan sakit, letih/lesu, dan simptom halangan pernafasan (eg; berdengkur, atau tiba tiba tersedar tak boleh bernafas masa tidur, sleep apnoea).
-dalam kanak kanak, kadangkala simptom utamanya ialah mereka enggan makan, sebab tekak mereka sakit!
-acute tonsillitis berlangsung selama 3-5 hari...dan paling maximum boleh menjangkau 2 minggu.

Apa itu Recurrent Tonsillitis ?:
- Apabila anda kena acute tonsillitis 7 kali dalam setahun, atau 5 kali dalam tempoh 2 tahun berturut turut, atau 3 kali dalam setahun, untuk 3 tahun berturut turut.
-Jadinya, moral di sini ialah, SILA KIRA berapa kali anda kena acute tonsillitis. Kerapkali aku jumpa patient yang tak aware tentang ini. Kenapa perlu kira? Kerana dengan kiraan inilah aku boleh justify, ianya recurrent atau tidak..dan perlukah kes di rujuk untuk pembedahan membuang tonsil.

Chronic Tonsillitis:
-bila mengalami simptom sakit tekak yang berpanjangan, lebih dari dua minggu, sakit menelan dan mungkin juga bengkak kelenjar di leher yang berterusan.


Bagaimana aku men diagnos kes acute tonsillitis?

-Semestinya, kena tanya sejarah pesakit dulu( history). Jadi, pesakit kena lah bercerita serba sedikit tentang simptom yang di alami. Sesetengah pesakit yang dah otai (selalu sangat kena, recurrent tonsillitis) straight away masuk bilik consultation dan cakap "doc, tonsil i bengkak" ...mudah kan kerja aku? ekekeke...
Lepas dah dapat semua sejarah pesakit, kita proceed ke pemeriksaan fizikal.

Pemeriksaan fizikal standard ialah memeriksa :
-Suhu badan : demam atau tidak
-Tekanan darah
-Kemudian, melihat ke dalam mulut pesakit yang di suspek ada tonsillitis..beginilah rupanya..:
tonsil yang merah menyala, membengkak...sakit wooo

-kadangkala, boleh ada tompokan putih/putih kekuningan di tonsil yang membengkak merah itu, dipanggil sebagai exudate.




Rawatan: 

-Acute tonsillitis ini boleh jadi kerana jangkitan virus, atau bakteria. Cara yang sebetulnya ialah dengan mengambil sedikit coletan(swab) dari tonsil yang bengkak, dan di hantar ke makmal untuk melihat ada atau tidak pembiakkan bakteria. Ini dipanggil sebagai throat swab culture.Kalau positive jangkitan bakteria, maka antibiotik akan diberi, untuk dimakan selama 5- 7 hari selalunya. Di sesetengah pusat, mereka ada kemudahan untuk buat Rapid Screen Test. Rapid test ini menguji kehadiran bakteria jenis streptococcus yang menjadi antara penyumbang utama jangkitan tonsil.

-Namun di sini, doctor selalu buat short cut. Sebab untuk membuat culture tu semua, mengambil masa dan kos. So, selalunya ianya bergantung kepada budibicara doktor yang merawat, untuk menilai sendiri tahap keseriusan tonsillitis nya, samada perlu atau tidak antibiotik.

-Bila dah diberi antibiotik, sila makan hingga habis. Perangai manusia ni ialah suka culas makan ubat :P
Memang selalunya dalam masa 2-3 hari selepas pengambilan antibiotik, tonsillitis akan sembuh/mengecil.

-Selain antibiotik, pesakit perlu mengambil ubat ubatan untuk mengurangkan simptom..contohnya:
a) ubat demam untuk demam/sakit badan
b) lozenges untuk melegakan tekak
c) minum jus buah buahan segar dan sejuk untuk melegakan tekak
d) berkumur kumur dengan air garam suam, atau apa apa gargle solution
e) makan ice cream perisa vanilla
f) elak mengambil makanan berasid, yang membuatkan tekak lebih tak selesa

Bila Perlu Buang Tonsil? 
-pembedahan membuang tonsil dipanggil tonsillectomy. Pembedahan ini secara umumnya selamat. Risiko terbesar pun ialah perdarahan, yang mana amat amat jarang berlaku. Tempoh sembuh selepas tonsillectomy ialah antara seminggu ke dua minggu.
-Bila nak buang? Bila jadi kes recurrent tonsillitis. Sebenarnya tiada satu hukum muktamad mengatakan bahawa dalam sesetengah keadaan, tonsil itu wajib dibuang. Yang ada hanyalah guidelines yang memandu doktor untuk membuat keputusan.  Guideline terkini dari pelbagai badan induk ENT seluruh dunia secara dasarnya bersetuju bahawa tonsillectomy perlu dalam situasi berikut:

a) recurrent tonsillitis yang berlaku lebih dari 7 kali dalam setahun, atau 5 kali dalam setahun untuk dua tahun berturut turut, atau minimum 3 kali dalam setahun, untuk 3 tahun berturut turut.

b) tonsil yang besar/bengkak menyebabkan masalah pernafasan semasa tidur (sleep apnoea) atau berdengkur yang kuat.

c) episode tonsillitis yang ada komplikasi seperti peritonsillar abscess(nanah di sekeliling poket tonsil). Jangkitan ke dalam rongga sinus(sinusitis) pun boleh jadi..dan jangkitan ke telinga..
komplikasi tonsillitis -


Mitos tentang tonsillectomy:

- Ini yang paling biasa aku dengar dari pesakit...bila tonsil dibuang, nanti senang mendapat jangkitan. Patient atau parents beranggapan sebegini sebab mereka di dedahkan bahawa tonsil itu penting dalam memainkan peranan dalam immune system. Benar. Namun sebenarnya, banyak lagi kelenjar di sekitar leher yang boleh ambil alih tugas tonsil. Dan tubuh badan kita ada sistem immune yang terbaik untuk menampung ketiadaan tonsil. Malahan dalam kajian yang dijalankan ke atas kanak kanak seawal usia 3- 4 tahun yang dibuang tonsilnya, mendapati peratusan jangkitan kuma  ke atas mereka adalah sama sahaja dengan yang masih ada tonsil. Mitos ini di kuatkan lagi dengan keengganan majoriti pakar bedah membuang tonsil dalam kes kes recurrent tonsillitis yang aku refer kepada mereka. Rata rata kebanyakkan pakar bedah di sekitar Klang Valley memberi alasan kepada parents bahawa 'kena tunggu anak mereka besar..kena tunggu sekurang kurangnya umur 8-10 tahun' . Anggapan sebegini  sebenarnya kurang tepat. Andaikata dah teruk sangat recurrent tonsillitis nya, dan menyebakan terganggu kualiti hidup ( terpaksa cuti banyak kali, terpaksa bergantung kepada antibiotik terlalu kerap), maka tonsillectomy ialah pilihan terbaik.

-Tonsil hanya akan dibuang kerana kes recurrent tonsillitis. Ini kurang tepat sebenarnya, kerana tonsil juga dibuang dalam kes mereka yang semulajadi lahir memiliki saiz tonsil yang besar. Mereka yang terlalu kerap kena tonsillitis, dan kemudian sembuh, juga akhirnya boleh memiliki saiz tonsil yang besar. Kenapa saiz tonsil yang besar ialah satu masalah, dan perlu dibuang? Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah pernafasan semasa tidur, seperti berdengkur dan sleep apnoea. Pelbagai kajian membuktikan bahawa masalah pernafasan semasa tidur ini jika dibiarkan boleh menyebabkan masalah kurang kualiti tidur, kencing malam bagi kanak kanak, dan juga masalah perangai (child behaviour). Di US, ~ 75% tonsillectomy ialah atas sebab saiz tonsil yang besar, bukan kerana hanya tonsillitis! Bercakap tentang berdengkur dan masalah tidur dalam kanak kanak ni, aku dah jumpa banyak kes. Bunyi dengkuran kanak kanak ni setanding atau mengalahkan dengkuran orang tua.

                                                                    Tonsillectomy
                                                    Tonsil yang telah dipotong
                                                          

Banyak lagi benda tentang tonsil dan tonsillectomy ni kalau aku nak tulis.
Tapi rasanya ini dah cukup lah untuk korang semua baca...nanti rasa macam baca buku teks pulak..ekekeke..

TONSIL



Biasa dengar orang bercerita berkenaan tonsil. Ini first time alaminya dalam ahli keluarga. Mula-mula rasa agak pelik juga kenapalha sakit tekak lama sangat, bila suruh makan tidak mahu makan.

Lepas bawa jumpa doktor baru tahu rupanya sakit tonsil. Bila sudah tahu mulalah mahu google apa itu tonsil. Dapatlah satu artikel dari ruangan utusan ini http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130110/kn_01/Jangan-pandang-remeh-sakit-tonsil

Setelah membaca artikel tersebut baru tahu bahawa tonsil adalah amat berbahaya terutama kepada si kecil. Bila di pikirkan balik rupanya masalah tonsil in sudah lama berlaku dalam keluargaku. Mula-mula dengan anak kecil si fateh ni, dia jika demam mesti naik bengkak bahagian mulut. Sudah kerap kali pergi klinik doktor bagi tahu tekaknya bengkak, sehingga satu hari tu demamnya menyebabkan urat limfa disebelah tekak membengkak. Mula dah risau ingatkan tonsil, kerana pergi jumpa doktor pertama tia suggestkan google "parotid gland" or "lymph nodes" (tak tahu ejaan betul ke tidak). Bila google 2 words ni rasa risau plak. Lepas seminggu tidak baik lagi jumpa pula doktor kesihatan Sg chua, dia kata tiada apa2 cuma bengkak pada limfa, biasa berlaku apabila demam. Cuma bila berlaku kepada budak ia akan nampak limfa membengkak, tapi bila berlaku pada orang dewasa tidak kelihatan sangat.

Itu cerita sebelum ini, dan baru-baru ini berlaku lagi pada papanya pula. Papanya minta antibiotik, mamanya berkeras mana boleh beli antibiotik kat farmasi tanpa pemeriksaan doktor. Setahunya after pemeriksaan doktor & nasihat dari doktor baru boleh beli antibiotik di farmasi. Bawalah jumpa doktor papanya. Doktor bagi ubat antibiotik, tahan sakit, kumur untuk papanya. Doktor bagi tahu after makan antibiotik dia mengambil masa 2 hari untuk baik tonsil tersebut.

Huuuuhh parah. Lepas tahu bapanya kene tonsil, dah mamanya pening. Pula tu nak masuk 1 ramadhan esoknya. Huhu haru jadinya. Pagi-pagi sahur tanya papanya apa benda yg dia boleh makan, so cubalah masak bubur nasi, itu pun dapat mkn 2 suap jer. lepas tu dah, ......

Ni untuk buka, mamanya dah pening kepala hendak masak apa yg sesuai, coz bila dah sakit tonsil setahunya tidak boleh mkn benda keras, pedas dll.

So google lagi berkenaan tonsil ini. dapatlah blog ini untuk dibaca http://drazwan.blogspot.com/2008/05/acute-tonsilitis-dan-perawatannya.html

Bagus blog ini menceritakan apa itu tonsil & bila perlu buat pembedahan pakar.

Hhhmm....ilmu baru yang amat menarik berkenaan kesihatan.