Rabu, 17 Jun 2015

TONSIL



Biasa dengar orang bercerita berkenaan tonsil. Ini first time alaminya dalam ahli keluarga. Mula-mula rasa agak pelik juga kenapalha sakit tekak lama sangat, bila suruh makan tidak mahu makan.

Lepas bawa jumpa doktor baru tahu rupanya sakit tonsil. Bila sudah tahu mulalah mahu google apa itu tonsil. Dapatlah satu artikel dari ruangan utusan ini http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130110/kn_01/Jangan-pandang-remeh-sakit-tonsil

Setelah membaca artikel tersebut baru tahu bahawa tonsil adalah amat berbahaya terutama kepada si kecil. Bila di pikirkan balik rupanya masalah tonsil in sudah lama berlaku dalam keluargaku. Mula-mula dengan anak kecil si fateh ni, dia jika demam mesti naik bengkak bahagian mulut. Sudah kerap kali pergi klinik doktor bagi tahu tekaknya bengkak, sehingga satu hari tu demamnya menyebabkan urat limfa disebelah tekak membengkak. Mula dah risau ingatkan tonsil, kerana pergi jumpa doktor pertama tia suggestkan google "parotid gland" or "lymph nodes" (tak tahu ejaan betul ke tidak). Bila google 2 words ni rasa risau plak. Lepas seminggu tidak baik lagi jumpa pula doktor kesihatan Sg chua, dia kata tiada apa2 cuma bengkak pada limfa, biasa berlaku apabila demam. Cuma bila berlaku kepada budak ia akan nampak limfa membengkak, tapi bila berlaku pada orang dewasa tidak kelihatan sangat.

Itu cerita sebelum ini, dan baru-baru ini berlaku lagi pada papanya pula. Papanya minta antibiotik, mamanya berkeras mana boleh beli antibiotik kat farmasi tanpa pemeriksaan doktor. Setahunya after pemeriksaan doktor & nasihat dari doktor baru boleh beli antibiotik di farmasi. Bawalah jumpa doktor papanya. Doktor bagi ubat antibiotik, tahan sakit, kumur untuk papanya. Doktor bagi tahu after makan antibiotik dia mengambil masa 2 hari untuk baik tonsil tersebut.

Huuuuhh parah. Lepas tahu bapanya kene tonsil, dah mamanya pening. Pula tu nak masuk 1 ramadhan esoknya. Huhu haru jadinya. Pagi-pagi sahur tanya papanya apa benda yg dia boleh makan, so cubalah masak bubur nasi, itu pun dapat mkn 2 suap jer. lepas tu dah, ......

Ni untuk buka, mamanya dah pening kepala hendak masak apa yg sesuai, coz bila dah sakit tonsil setahunya tidak boleh mkn benda keras, pedas dll.

So google lagi berkenaan tonsil ini. dapatlah blog ini untuk dibaca http://drazwan.blogspot.com/2008/05/acute-tonsilitis-dan-perawatannya.html

Bagus blog ini menceritakan apa itu tonsil & bila perlu buat pembedahan pakar.

Hhhmm....ilmu baru yang amat menarik berkenaan kesihatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan